Wednesday, June 26, 2024

ADUN Sungai Bakap meninggal dunia

ADUN Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff meninggal dunia di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya sebentar tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 1.38 tengah hari, Jumaat.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Sungai Acheh pada jam 6 petang.

Sebelum ini, Nor Zamri dilaporkan ditempatkan di Wad ICU Hospital Seberang Jaya kerana komplikasi di bahagian perut.

Nor Zamri dimasukkan ke hospital susulan sakit perut dan diberikan ubat tidur untuk membolehkannya berehat.

Bagaimanapun selepas beberapa hari diberi rawatan, beliau dilaporkan stabil dan semakin menunjukkan perkembangan positif.

Baca ini > Yang Di-Pertua Dewan Negara Mutang Tagal meninggal dunia