Thursday, July 25, 2024

Afgan dan Lyodra bakal adakan konsert di Malaysia

Pasangan ‘Ada’ yang sedang ‘top’ dari negara seberang, Afgan dan Lyodra, bakal menghiburkan peminat-peminat kesayangan mereka di Malaysia dalam sebuah konsert yang epik berjudul ‘ADA AFGAN & LYODRA: LIVE IN KUALA LUMPUR’ pada 28 September 2024 ini bertempat di Megastar Arena, KL yang dibawakan khas oleh syarikat penganjur konsert terkemuka negara, Kharisma Music.

Sebagai penganjur yang berusaha, Kharisma Music, penganjur utama konsert ini adalah jenama kosmetik terkenal tanah air, Alha Alfa, dan penganjur bersama, Intan Gelombang serta Futurace.

Setakat ini, segala-galanya masih lagi teka-teki dan segala persoalan bakal terjawab dalam sebuah sidang media khas yang bakal diadakan pada bulan Ogos nanti.

Apa yang pasti, jualan tiket akan bermula pada tarikh 10 Julai 2024 (bersamaan hari Rabu), jam 12:00 tengahari di laman web www.ticket2u.com.my/afganlyodra.

Kesemua kategori-kategori tiket adalah berdasarkan tempat duduk yang bernombor dan pembeli berhak memilih kategori tiket yang dikehendaki, manakala tempat duduk terbaik bagi kategori yang dipilih akan dikhaskan buat pembeli.

Buat pembeli awal di antara tarikh 10-11 Julai 2024, harga istimewa seperti ‘early bird’ turut ditawarkan seperti kategori-kategori berikut: 

  • Pesan Terakhir (RM258, harga biasa RM358)
  • Escape (RM338, harga biasa RM438)
  • Sang Dewi (RM458, harga biasa RM558)
  • Panah Asmara (RM488, harga biasa RM588)
  • Ada VIP (RM588, harga biasa RM688)
  • Ada VVIP (RM1,288, harga biasa RM1,488)

Istimewanya buat pembeli kategori tiket Ada VVIP, anda berpeluang ke sesi ‘meet & greet’, bakal menerima barangan rasmi konsert seperti lanyard, dan juga sajian makanan serta minuman ringan.

Jadi dapatkan tiket-tiket anda ke konsert ‘ADA AFGAN & LYODRA: LIVE IN KUALA LUMPUR’ dengan segera!