Sunday, May 26, 2024

Ella kembali dengan konsertnya, ‘Rockers Juga Manusia’!

SELEPAS berjaya mencipta sejarah menjual 10,000 ticket dalam masa 24 jam pada konsert tahun lalu, ratu rock negara Ella membuka langkah pada tahun ini dengan satu konsert intimewa buat peminatnya.

Hitman Solutions dan Rock Queen sekali lagi bekerjsama dengan Ella dalam menjayakan konsert akan datang iaitu ‘Jilid Rockestra Ella : Rockers Juga Manusia’

Menampilkan konsep orkestra, Ella menjanjikan kelainan pada malam 9 Ogos 2024 yang akan berlangsung di Plenary Hall, KLCC

Menurut penyanyi itu, pada malam konsert itu Ella akan menyanyikan lagu-lagu yang belum sempat dinyanyikan pada konsert sebelum ini.

Malah Ella juga akan menyanyikan lagu asli berserta tarian buat penonton yang hadir, namun Ella juga akan menekakan akan berjuang dan bersoladiriti untuk Palastine

‘’Kelainannya apabila konsert orkestra tapi ada unsur rock and roll, tapi macam mana susunannya, anda kena bayangkan.

“Anda juga akan terperanjat kerana saya akan bawa lagu yang anda sendiri tidak pernah dengar.

“Untuk jelaskan lebih terperinci belum lagi kerana kami masih dalam fasa merancang.

“Selain itu, akan ada kejutan artis jemputan. Ini adalah artis yang saya pilih sendiri malah dia adalah idola saya,” katanya dalam satu sidang media di Ruman Nusantara, Sunway Putra Hotel.

Terdahulu, Ella merupakan pemegang rekod ‘Malaysia Book Of Records’ berjaya menjual 10,000 tiket dalam masa kurang 24 jam.

Pada tahun lepas Ella baru sahaja selesai mengadakan konsert Siri jelajah malah sambutan sangat memberangsakan dari para peminatnya.

Artikle Berkaitan @>

Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter, 16 Disember, Stadium Malawati Shah Alam