Thursday, July 25, 2024

EURO 2024: Tiada gol tidak mengapa, Cristiano Ronaldo pecah rekod lagi!

CRISTIANO Ronaldo merekodkan satu lagi sejarah baru ketika Portugal menang 3-0 ke atas Turkiye dalam saingan Euro 2024.

Gol daripada Bernardo Silva dan Bruno Fernandes dan gol sendiri Samet Akaydin memastikan Portugal menang mudah ke atas Turkiye dalam perlawanan kedua Kejohanan Eropah.

Untuk gol ketiga dan terakhir pasukan Portugal itu, bintang Al-Nassr, Ronaldo, melakukan lorongan buat pemain Manchester United, Fernandes untuk menjaringkan gol.

Itu adalah bantuan jaringan ketujuhnya dalam pertandingan itu — satu lagi rekod untuk menambah koleksinya yang semakin meningkat.

Keputusan itu memastikan anak buah Roberto Martinez mara ke pusingan 16 Euro sebagai juara kumpulan.

Bagi Ronaldo, dia mencipta sejarah awal bulan ini dengan beraksi dalam enam edisi Euro.

Pemain berusia 39 tahun itu membantu Portugal memenangi edisi 2016 kejohanan tersebut dan dia ingin menambah lebih banyak trofi dalam kabinet trofinya. – Stadium Astro

Baca ini > EURO 2024: Ronaldo tarik nafas lega, Francisco muncul wira Portugal