Thursday, July 25, 2024

Hizbullah serang pangkalan simpan roket Katyusha di Golan

BEIRUT – Kumpulan pejuang Hizbullah melancarkan serangan roket ke atas Pangkalan Nafah yang menyimpan roket Katyusha sebagai tindakan balas terhadap pembunuhan pejuangnya, Yasser Nimer Karnabash, baru-baru ini.

Helikopter-helikopter diarah untuk membawa keluar mereka yang cedera berikutan serangan di kawasan Shael, utara Golan.

Selain itu, Lembaga Penyiaran israel melaporkan lebih lapan kebakaran berlaku di kawasan terbuka.

Majlis Rantau Golan berkata, tentera Israel mengeluarkan arahan supaya mereka yang tinggal di utara Golan yang dicerobohinya untuk tinggal di kawasan kubu perlindungan dan mengelakkan berkumpulan sehingga arahan seterusnya dikeluarkan.

Tindakan tersebut diambil berikutan beberapa siri operasi yang dilakukan Hizbullah setiap hari dalam sokongan terhadap Palestin dan mempertahankan kampung, bandar dan orang awam di selatan Lubnan daripada keganasan Israel. – Agensi