Wednesday, June 26, 2024

‘Juara Pilihan Kami’ janjikan perkhidmatan terbaik untuk jemaah haji dan umrah

MINGGU ini kita dikejutkan dengan insiden mengenai kira-kira 300 jemaah haji yang terkandas di Makkah akibat terpedaya dengan pakej haji murah oleh agensi pelancongan yang tidak bertanggungjawab.

Maka amat penting untuk memilih syarikat agensi pengurusan umrah dan haji, dapat memegang tanggungjawab dan menjalankan perniagaan dengan memberi tawaran perkhidmatan yang baik kepada bakal jemaah haji dan umrah.

Bagi perkhidmatan haji dan umrah terkenal, Juara Travel & Tours Sdn Bhd (Juara) mengambil pendekatan strategik dalam usaha mengukuhkan lagi kedudukannya dalam industri pelancongan di negara ini.

Pengarah Urusan Juara Travel & Tours Sdn Bhd, Hajjah Rosnah Wagino

Pengarah Urusannya, Hajjah Rosnah Wagino berkeyakinan, perancangan yang rapi dan usaha yang berterusan akan memacu perkembangan syarikat yang kini berkembang dan di dikenali di seluruh negara.

Anak kelahiran Felda Jengka 1 itu berkata, syarikatnya yang lebih 20 tahun beroperasi itu kekal komited dan optimis segala perancangan yang dilaksanakan bertepatan dengan slogan ‘Juara Pilihan Kami’ akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada bakal jemaah umrah dan haji pada masa akan datang.

Kursus Haji Perdana 1445H anjuran Juara Travel & Tours Sdn. Bhd. di Port Dickson

“Pada musim haji tahun ini, Juara akan membawa seramai 220 jemaah dan menyediakan persiapan yang rapi dengan menambah baik mutu perkhidmatan yang akan diberikan kepada bakal-bakal haji yang memilih kami sebagai agensi pengelola haji mereka.

“Kami adalah agensi yang menjalankan kursus dengan simulasi lengkap selama 2 hari agar para jemaah dapat merasai sekurang-kurangnya keadaan sebenar yang bakal dihadapi di Mekah nanti” katanya.

Antara aktiviti Kursus Haji Perdana 1445H adalah simulasi melontar ketiga-tiga Jamrah

Beliau yang ditemui ketika Kursus Haji Perdana 1445H di Port Dickson itu menambah, Juara Travel & Tours adalah antara syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) menyediakan tawaran Pakej Rahmah dengan harga bawah RM50,000 bagi musim haji tahun ini.

“Juara juga syarikat pengendali pakej umrah dengan servis terbaik, kami tidak menolak apa sahaja keadaan jemaah, ada yang perlu jalani dialisis namun ingin ke tanah suci juga tetap kami terima kerana kerjasama dengan pihak hospital disana untuk menguruskan jemaah ini.

Antara aktiviti Kursus Haji Perdana 1445H adalah simulasi Tawaf & Saie Haji

“Dengan pakej bermula RM6990, kami menyediakan khidmat pembimbing untuk menyantuni para jemaah sebelum, ketika dan selepas mengerjakan ibadah umrah” tambahnya lagi.

Sementara itu, Juara juga turut menyediakan perkhidmatan pelancongan luar negara antaranya, Turki, Korea Selatan, Vietnam, Indonesia, India dan sebagainya.

Semoga Kursus Haji Perdana 1445H yang diadakan ini dapat mempermudahkan lagi urusan semua jemaah Haji kendalian Juara Travel & Tours.

Menurut Rosnah lagi, Juara kini mempunyai 28 cawangan seluruh Malaysia dan ibu pejabatnya terletak Taman Nirwana, Ampang.

Beliau berkata, Juara sentiasa melakukan penambahbaikan dalam memastikan operasi syarikat terus cemerlang dan menjadi pilihan utama jemaah umrah dan haji. – REFLEKS!

Baca ini > Tindakan tegas MOTAC terhadap agensi pelancongan jika didapati tidak bertanggungjawab – Tiong