Wednesday, June 26, 2024

Lee Zii Jia dan Leong Jun Hao tersingkir dari Terbuka Indonesia

DUA pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia dan Leong Jun Hao tersingkir daripada Terbuka Indonesia apabila kalah di peringkat separuh terakhir hari ini.

Zii Jia, pemain nombor tujuh dunia tumbang 21-16, 21-17 kepada pemain nombor lapan dunia dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn manakala pemain nombor 32 dunia Jun Hao tewas 21-11, 21-12 kepada pemain nombor empat dunia China, Li Shifeng.

Bagaimanapun, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing menghidupkan harapan kejuaraan Malaysia di Jakarta selepas mara ke separuh akhir pertandingan beregu campuran dengan keputusan 21-8, 21-19 menentang pasangan nombor 5 dunia Korea Selatan Kim Won- ho dan Jeong Na-eun.

Baca ini > Zii Jia, Jun Hao berjaya melangkah ke pusingan kedua Malaysia Masters 2024