Sunday, May 26, 2024

Lelaki bertopeng serang Balai Polis Ulu Tiram

SEORANG anggota polis ditembak manakala seorang lagi ditetak oleh seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis Ulu Tiram di sini, awal pagi tadi.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira 2 pagi tadi, apabila suspek seorang lelaki bangsa tidak dikenalpasti yang berpakaian gelap dan bertopeng menyerang balai polis berkenaan dengan bersenjatakan parang.

Beliau berkata, suspek mencederakan dua orang anggota polis yang bertugas dan merampas dua laras senjata dan melepaskan dua das tembakan terhadap seorang anggota yang bertugas menyebabkan kecederaan di bahagian bahu serta perut.

Menurutnya, mangsa yang terbabit dikenali sebagai Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar yang ditetak di bahagian belakang leher dan kepala dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said (ditembak di bahagian perut dan lengan).

Katanya, kejadian juga mengakibatkan kematian.

Sumber Buletin TV3

Baca ini > Safiq Rahim pula diserang, keselamatan pemain bola sepak semakin teracam?