Wednesday, June 26, 2024

Maybank catat untung RM2.49 bilion bagi suku pertama

MAYBANK terus mengukuhkan kedudukannya sebagai institusi perbankan nombor satu di negara ini apabila mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM2.49 bilion bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2024, berbanding RM2.27 bilion yang dicatatkan setahun lepas.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini bank itu berkata hasil meningkat kepada RM18.35 bilion daripada RM15.19 bilion sebelum itu.

Kredit photo- REUTERS/Bazuki Muhammad/File Photo

Pendapatan faedah bersih dan pendapatan Perbankan Islam bagi tempoh dalam tinjauan meningkat sebanyak RM224.8 juta atau 4.5 peratus kepada RM5.24 bilion berbanding suku yang sama sebelumnya.

Perkhidmatan insurans/takafulnya meraih pendapatan bersih RM182.1 juta pada suku pertama 2024 berbanding perbelanjaan bersih RM8.0 juta sebelumnya.

“Pendapatan operasi lain kumpulan itu bagi suku pertama 2024 ialah RM2.87 bilion, meningkat RM1.15 bilion atau 66.8 peratus daripada RM1.72 bilion dalam tempoh kewangan tiga bulan yang sama sebelumnya,” demikian menurut makluman itu.

Baca ini > Keuntungan suku tahun pertama Sime Darby Property meningkat 42.8%