Thursday, July 25, 2024

Mohamed Khaled tiba di Brunei untuk lawatan kerja 2 hari

MENTERI PERTAHANAN, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Brunei Darussalam hari ini untuk lawatan kerja rasmi selama dua hari.

Menurut Mohamed Khaled, lawatan ini merupakan yang pertama sejak beliau dilantik sebagai Menteri Pertahanan pada Disember tahun lalu.

“Ketibaan saya disambut oleh Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan Brunei, Brigedier Jeneral (Bersara) Datuk Seri Alirupendi Perudin; Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei; Brigedier Jeneral (U) Datuk Seri Mohammad Sharif Ibrahim dan Pemangku Pengarah Dasar Pertahanan, Kementerian Pertahanan Brunei Dayang Marina Abdullah Sitau,” katanya dalam satu kenyataan.

Turut menyambut adalah pegawai dari pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Brunei iaitu Kuasa Usaha Sementara dan Penasihat Pertahanan.

Baca ini > MINDEF kaji semula SOP anggota tentera – Adly