Thursday, July 25, 2024

MOTAC terus memartabatkan seni, budaya dan warisan negara menerusi minggu Budaya Malaysia 2024

MINGGU Budaya Malaysia 2024 secara rasminya telah melabuhkan tirai pada 30 Jun 2024 selepas lima (5) hari penganjurannya di Urumqi, Xinjiang, China.

Pavilion Malaysia mencuri tumpuan pengunjung apabila Pavilion Malaysia satu- satunya negara yang mengetengahkan kebudayaan dan pelancongan di 8th China–Eurasia Expo berbanding pavilion negara-negara lain yang berteraskan aktiviti perdagangan sahaja. Seramai 1,900 pempamer daripada 50 buah negara yang terlibat dalam ekspo ini dan telah mendapat liputan berita yang amat meluas di China.

Sepanjang penganjuran Minggu Budaya Malaysia ini, Pavilion Malaysia terserlah dengan keunikan reka bentuk berkonsepkan tanjak, songket dan pelbagai elemen kebudayaan dan berjaya menarik lebih daripada 55,000 pengunjung.

Sesi interaktif seperti persembahan kebudayaan dan demonstrasi makanan warisan, Teh Tarik dan Roti Canai serta promosi Raja Buah iaitu Durian, khas dari Malaysia menjadi tarikan utama pengunjung untuk mengunjungi Pavilion Malaysia. Sesi Business to Business (B2B) yang melibatkan Tourism Malaysia dan Islamic Tourism Centre juga mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan mewakili Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing, telah diundang untuk menghadiri Majlis Makan Malam sempena pembukaan 8th China-Eurasia Expo di Urumqi, Xinjiang, China. Majlis Makan Malam tersebut dihoskan oleh TYT Ma Xingrui, Secretary of the Party Committee of the Xinjiang Uygur Autonomous Region dan TYT Erkin Tuniyaz, Chairman of the Xinjiang People’s Government of the Autonomous Region.

Khairul Firdaus juga telah menghadiri Majlis Perasmian 8th China-Eurasia Expo pada 26 Jun 2024 yang dihadiri oleh pemimpin- pemimpin tertinggi daripada beberapa negara termasuk Kyrgyzstan, Uzbekistan, Tajikistan dan Kazakhstan.

Malaysia merupakan salah satu negara tetamu khas yang diberi slot intervensi semasa Mesyuarat Meja Bulat yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin tertinggi beberapa negara termasuk China serta pertubuhan seperti Pengerusi Pusat Eropah-Asia China.

Timbalan Menteri telah menyampaikan kenyataan negara yang menekankan aspek kerjasama hubungan dua hala Malaysia dan China terutama dalam bidang kebudayaan dan pelancongan, lebih-lebih lagi sempena sambutan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara yang ke-50 pada tahun ini.

Ma Xingrui amat berbesar hati dan teruja dengan Minggu Budaya Malaysia dan menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada Malaysia atas usaha negara dalam mengekalkan hubungan budaya dua hala yang kukuh dengan China.

Malaysia merupakan satu-satunya negara yang diundang untuk mempromosikan kebudayaan dan pelancongan sempena ekspo ini dengan Pavilion Malaysia yang bertemakan “Malaysia Truly Asia.”

Kejayaan pelaksanaan Minggu Budaya Malaysia 2024 ini merupakan gabungan usaha padu Kementerian dan Jabatan/ Agensi di bawahnya melMOTACalui Bahagian Pengurusan Acara, Bahagian Hubungan Antarabangsa Kebudayaan, Jabatan Kebudayan dan Kesenian Negara (JKKN), Istana Budaya, Tourism Malaysia, Islamic Tourism Centre (ITC) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) World Culture Organisation (WCO).

MOTAC komited untuk meneruskan kerjasama erat antara agensi-angensi bawah Kementerian dan NGO dalam usaha untuk memartabatkan lagi seni, budaya dan warisan negara di samping mempromosikan pelancongan Malaysia di peringkat antarabangsa. – REFLEKS!

Baca ini > MOTAC anjur Minggu Budaya Malaysia 2024 sempena penganjuran 8TH China-Eurasia Expo di Xinjiang, China