Thursday, July 25, 2024

Penyewa Barrington Square Tak Sedar Aksi Mandi Berbog*l Jadi Tontonan Awam

PAHANG: Ramai penyewa unit di Barrington Square, Brinchang tidak menyedari aksi mandi mereka dalam keadaan berbog*l sering kali menjadi tontonan awam.

Hal ini demikian kerana pada ruangan bilik air tersebut, kebanyakan unit telah pun direka dengan konsep bercermin dari atas sehingga ke bawah.

Dalam satu perkongsian di media sosial, Lieza Watie memberi peringatan tentang perkara tersebut yang masih tidak diketahui ramai penyewa unit.

“Peringatan untuk yang ke Cameron Highland dan menginap di apartment atas pasar malam (Barrington Square), berhati-hati ketika mandi di bilik air cermin.

“Kami duduk di rumah inap SD12 Golden Hill jelas nampak yang mandi tanpa seurat benang, jelas ya rambut paras mana pun nampak,” katanya.

Lieza berpendapat penyewa mungkin tidak bersyak wasangka kerana keadaan cermin dari dalam namun jika dipandang dari luar, ia adalah sebaliknya.

“Kasihan.. mungkin dari dalam cermin itu nampak gelap tetapi dari luar sangat jelas. Bukan satu tetapi tiga apartment yang kami nampak,” kongsinya.

Paling mengaibkan, semasa di beranda pakai, semua dikatakan memakai tudung dan puas menutup aurat tetapi terbuka tanpa sedar.