Sunday, May 26, 2024

PM Anwar tiba di Qatar untuk lawatan rasmi dua hari

PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Qatar untuk lawatan rasmi dua hari atas jemputan Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani.

Ketibaan Perdana Menteri disambut Menteri Negara untuk Hal Ehwal Luar Qatar, Sultan bin Saad Al Muraikhi.

Anwar menyatakan beliau akan turut menyertai Forum Ekonomi Qatar disamping melancarkan pembukaan rasmi kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Doha.

“Saya juga dijadual menyampaikan syarahan umum di Universiti Hamad bin Khalifa, Doha, menghadiri rundingan meja bulat dengan kapten industri Qatar dan pada sebelah malamnya pula mengadakan pertemuan dengan rakyat Malaysia di Qatar,” katanya menerusi hantaran di laman X pagi ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berharap agar lawatan kerja itu membuahkan hasil yang lumayan untuk negara dan rakyat. – REFELKS!