Thursday, July 25, 2024

Puteri Sarah dapat job di luar negara

PUTERI Sarah tidak hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini bagi mendengar sebutan kes tuntutan nusyuz yang difailkan terhadap dirinya oleh Syamsul Yusof.

Memberi alasan tidak hadir keranaperlu melunaskan kerja di luar negara Peguam Datuk Akberdin Abdul Kadir hadir bagi pihak anak guamnya.

Plaintif dalam kes nusyuz hadir bersama peguamnya, Azmi Mohd.

Husnuzon dan bersangka baik, Syamsul dalam satu rakaman video, meminta orang ramai mendoakan Puteri Sarah dalam keadaan baik.

Apatah lagi sempena bulan Ramadan dan Syamsul berharap kemelut rumah tangga diantaranya dan Puteri Sarah tidak berlarutan.

“Saya tidak mahu cakap banyak sebab takut salah cakap. Apa-apa pun, doakan yang baik-baik antara saya dan Puteri Sarah, sama ada berakhir dengan baik atau tidak.

“Kita doakan yang terbaik. Kadang-kadang kita tak tahu yang terbaik untuk kita, mungkin dalam masa yang sama ia tidak baik buat diri kita.

“Allah maha mengetahui. Hanya mampu bersangka baik kepada sesiapa saja di luar sana,” katanya menerusi satu rakaman video.

Biarpun berdepan dengan kemelut rumah tangga, hubungan Syamsul dengan dua orang anaknya, Syaikhul Islam dan Summayyah didakwanya berada dalam keadaan baik.

Malah Puteri Sarah juga tidak menghalang Syamsul yang sudah berkahwin dengan Ira Kazar itu berjumpa dengan ayah kandung mereka.

“Setakat ini, saya dapat berjumpa dengan anak-anak. Puteri Sarah memberi kerjasama baik biarpun memfailkan hadanah atau hak penjagaan.

“Apapun, insya-Allah Puteri Sarah tidak perlu risau. Biarpun bermasalah, saya dan Puteri Sarah bersikap profesional mengenai anak dan memberi kerjasama” jelasnya.

Tambah Syamsul, sudah beberapa kali dia bertemu dengan Syaikhul dan Summayya. Cuma tidak dikongsi dalam media sosial.

Sementara itu, Mahkamah Rendah Syariah Gombak timur menetapkan tarikh baharu  sebut tuntutan nusyuz terhadap Puteri Sarah ditetapkan pada 8 Mei depan.

Untuk rekod, Syamsul memfailkan permohonan itu pada 21 Mac lalu. – REFLEKS