Thursday, July 25, 2024

Redza Rosli sah bergelar suami kepada Bella Hanna

PELAKON Redza Rosli sah bergelar suami kepada pelakon Bella Hanna dengan sekali lafaz semalam dalam majlis yang diadakan di Forest Valley, Cheras.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan pada jam 4.05 petang disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Mohamad Mustaqim Sarmuji.

Dalam majlis serba indah itu, Redza menyerahkan RM3,000 sebagai mas kahwin berserta lima dulang hantaran namun wang hantaran dirahsiakan. Pengantin perempuan turut menyerahkan tujuh dulang hantaran kepada pihak lelaki.

Menariknya, pelakon Adam Lee menjadi salah seorang yang membawa dulang hantaran bagi pihak pengantin lelaki manakala aktres Elvina Mohamad membawa dulang hantaran pihak pengantin perempuan.

Sebelum ini, pasangan tersebut pernah bergandingan menerusi drama Luruhnya Bunga Cinta yang disiarkan di TV3 pada tahun lalu.

Baca ini > Siti Jamumall batal nikah 31 Mei, pilih kahwin lelaki lain di Thailand