Wednesday, June 26, 2024

Ringgit dibuka rendah berbanding Dolar AS

RINGGIT dibuka rendah dalam dagangan awal pada Jumaat susulan data ekonomi kukuh Amerika Syarikat (AS) yang menyokong Dolar AS.

Pada 9 pagi, Ringgit menyusut kepada 4.7150/7190 berbanding Dolar AS daripada paras penutup 4.7020/7055 pada Khamis.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain kecuali Euro apabila meningkat kepada 5.0969/1012 daripada 5.0993/1031.

Unit tempatan turun berbanding Yen Jepun kepada 3.0022/0050 daripada paras penutup 3.0012/0036 pada Khamis dan susut berbanding Pound Britain kepada 5.9852/9903 daripada 5.9824/9868 sebelumnya.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain. Unit tempatan hampir tidak berubah berbanding Peso Filipina kepada 8.09/8.11 daripada 8.09/8.10 pada Khamis, turun berbanding Rupiah Indonesia kepada 294.8/295.0 daripada 294.0/294.2 dan jatuh berbanding Dolar Singapura kepada 3.4861/4896 daripada 3.4843/4874. Ringgit naik berbanding Baht Thai kepada 12.8614/8773 daripada 12.8688/8833 sebelumnya. – BERNAMA

Baca ini > Ringgit dibuka rendah berbanding Dolar AS