Wednesday, June 26, 2024

Ringgit dibuka rendah berbanding Dolar AS

RINGGIT dibuka rendah berbanding Dolar AS pada Isnin selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi yang dikeluarkan pada Jumaat lepas dijangka meningkatkan mata wang AS itu.

Pada 9.06 pagi, ringgit merosot kepada 4.7150/7200 berbanding Dolar AS daripada 4.6900/6940 pada Jumaat lepas.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama. Mata wang tempatan mengukuh berbanding Yen Jepun kepada 3.0066/0100 daripada 3.0163/0190 pada Jumaat lepas, meningkat berbanding pound kepada 5.9994/6.0057 daripada 6.0009/0060 sebelum ini dan naik berbanding Euro kepada 5.0814/0867 daripada 5.1079/1122 minggu lepas.

Ia turut diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN. Ringgit meningkat berbanding Baht Thailand kepada 12.7743/7944 daripada 12.8465/8627 pada Jumaat lepas dan naik berbanding Dolar Singapura kepada 3.4861/4901 daripada 3.4872/4905 sebelum ini.

Bagaimanapun, ia merosot berbanding Peso Filipina kepada 8.02/8.04 daripada 8.01/8.02 minggu lepas dan susut kepada 291.1/291.5 berbanding Rupiah Indonesia daripada 289.5/289.9 pada Jumaat lepas. – BERNAMA

Baca ini > Ringgit dibuka tinggi berbanding Dolar AS (04.06.2024)