Thursday, July 25, 2024

Sebuah kereta milik 2 warga Singapura terbakar ketika melalui CIQ BSI

JOHOR BAHRU – Sebuah kereta dijumpai dalam keadaan terbakar sebelum tiba di kaunter Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Bangunan Sultan Iskandar, Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), di sini malam tadi.

Dalam kejadian sekitar pukul 8.15 malam itu, pemandu dan penumpang kereta yang bergelar suami isteri itu sedang dalam perjalanan balik ke Singapura.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata, kebakaran itu berjaya dikawal anggota pelbagai agensi termasuk polis, polis bantuan, anggota JIM dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) daripada merebak menggunakan alat pemadam api.

“Api berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 8.35 malam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi. Punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, akibat kebakaran itu bahagian pemandu dan tempat duduk penumpang hadapan serta bahagian enjin didapati hangus.

Dalam pada itu, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan insiden berkenaan turut tular di media sosial.SINGAP