Thursday, July 25, 2024

Seorang wanita ditumbuk oleh pelakon lelaki badan sado

SEORANG wanita ditumbuk pada mata sebelah kiri serta badannya oleh seorang aktor lelaki, 37, yang bertubuh sasa di sebuah kondomonium Ara Damansara pada awal pagi semalam.

Difahamkan pelakon tersebut menghubungi kekasihnya yang berumur 25 tahun itu untuk berjumpa sebelum berlaku pertengkaran sesama mereka pada pukul 3.30 pagi di dalam kereta miliknya.

Susulan daripada itu wanita itu membuat laporan di balai polis berdekatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 6 petang, semalam.

‘’Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa berusia 25 tahun keluar bersama kakaknya sebelum dihubungi suspek yang memarahinya kerana perselisihan faham.

‘’Teman lelaki mangsa kemudian meminta wanita berkenaan untuk datang berjumpanya sebelum mereka bertemu di Ara Damansara kira-kira jam 4 pagi.

Tambah Shahrulnizam, sebaik tiba, mangsa masuk ke dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu teman lelakinya.

‘’Tiba-tiba teman lelaki mangsa memarahinya dan terus menumbuk mata sebelah kiri serta badan wanita berkenaan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Untuk rekod, pelakon berusia 37 tahun ini pernah mencetuskan beberapa kontroversi dalam industri hiburan tanah air.

Artikle Berkaitan :>

Kes pukul lelaki sampai maut: Reman lima individu disambung

Kamal Adli dipukul bertalu-talu dengan cota di Singapura, ini bukan adengan dalam drama!