Thursday, July 25, 2024

Sunway Lost World of Tambun diiktiraf Destinasi Pilihan Terbaik Pengembara TripAdvisor 2024

SUNWAY Lost World of Tambun dinobatkan antara Destinasi Pilihan Terbaik Pengembara TripAdvisor di Dunia 2024.

Menurut laman sesawang https://www.tripadvisor.com.my/ taman tema itu berada pada kedudukan ke-17 daripada 25 pilihan platform pelancongan terbesar di dunia.

Sunway Lagoon Sdn Bhd menerusi satu kenyataan memaklumkan anugerah itu menonjolkan komitmen Sunway Lost World of Tambun dalam menyediakan perkhidmatan cemerlang, tarikan menyeronokkan serta pengalaman sukar dilupakan oleh pengunjung dan memantapkan reputasi taman tema itu sebagai destinasi utama di Malaysia dan Asia.

“Sunway Lost World of Tambun berbangga untuk mengumumkan taman tema kami meraih gelaran taman tema dan taman air terbaik dunia. Ini meletakkan Sunway Lost World of Tambun dalam kalangan tiga taman tema Asia terbaik pada skala global,” katanya. – BERNAMA

Baca ini > Agoda perluas Program Eco Deals di lapan negara ASEAN