Wednesday, July 3, 2024

CBP perkenal Skim Pembiayaan Perniagaan Kecil

DALAM misi untuk membantu Perusahaan Mikro & Kecil di negara ini, Co-opbank Pertama (CBP) telah memperkenalkan Skim Pembiayaan Perniagaan Kecil (SBF) bermula 12 Jun 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Encik Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, menerusi skim SBF ini, ianya merupakan satu inisiatif yang diambil oleh CBP untuk membantu usahawan di dalam semua bidang ekonomi terutamanya sektor ekonomi yang berpotensi tinggi di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Encik Khairil Anuar Mohammad Anuar

”Menerusi Skim SBF ini, CBP menawarkan kemudahan pembiayaan minimum RM5,000 dan maksimum sehingga RM100,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga tujuh (7) tahun.

”Jenis Kemudahan yang ditawarkan di bawah Skim Pembiayaan Perniagaan Kecil adalah bagi keperluan perbelanjaan modal kerja, modal pusingan, pembelian aset, mesin, peralatan dan pengubahsuaian premis perniagaan.

”Skim ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur di antara 21 hingga 65 tahun dan pemohon mestilah menjalankan perniagaan yang patuh syariah dan berdaya saing,” katanya menerusi satu kenyataan.

Selain itu juga, antara syarat lain ialah, perniagaan tersebut telah berjalan sekurang- kurangnya selama dua (2) tahun dan tidak melebihi 30 kilometer radius daripada mana- mana cawangan CBP.

Tambahnya lagi, pengenalan Skim SBF ini juga merupakan salah satu langkah CBP untuk meluaskan lagi capaian sasaran CBP.

”Insya Allah, CBP akan terus memperkenalkan beberapa lagi perkhidmatan pada tahun ini yang dilihat mampu mengukuhkan lagi jenama CBP dalam kalangan masyarakat,”katanya. – REFLEKS!

Baca ini > CBP umum dividen 3.60% untuk Akaun Deposit Koperasi, Kumpulan Wang Rizab Statutori 2023