Wednesday, July 3, 2024

Kucingko sasar kumpul RM30 juta dari IPO

KUCINGKO Berhad (Kucingko), penyedia perkhidmatan pengeluaran animasi 2D yang mantap, sasar untuk raih RM30 juta dari tawaran awam permulaan (IPO) yang akan datang pada Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad.

IPO itu menyasarkan untuk mengumpul RM30 juta melalui terbitan 100 juta saham baharu pada harga IPO RM0.30 sesaham.

Sebanyak RM17.8 juta untuk pembesaran kapasiti, termasuk RM11.9 juta bagi penubuhan pejabat cawangan pengeluaran di Malaysia Timur RM4.4 juta untuk menubuhkan pejabat jualan di United States of America (USA) RM4.3 juta untuk modal kerja dan RM3.6 juta untuk perbelanjaan penyenaraian.

Pengarah Eksekutif Kucingko Berhad, See Chin Joo berkata, IPO ini merupakan satu pencapaian penting bagi Kucingko.

“Ia melambangkan komitmen kami terhadap pertumbuhan dan inovasi dalam industri animasi 2D. Dengan melancarkan prospektus kami di Teater TRX Aurum, kami berbangga menjadi syarikat pertama yang berbuat demikian, mencerminkan semangat inovatif kami dan pemikiran di luar kotak.

“Kami berharap semangat perintis kami akan memberi inspirasi kepada pemain lain dalam industri animasi untuk menyertai kami dalam meningkatkan permainan dan menolak sempadan kreativiti dan inovasi,” katanya di sini, hari ini.

Pengarah Eksekutif Kucingko Berhad, Ooi Kok Hong menjelaskan dana yang diperoleh daripada IPO akan membolehkan pihaknya mengembangkan keupayaan pengeluaran  di dalam negara dan meningkatkan kecekapan operasi selain meletakkan kukuh untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk kandungan animasi berkualiti tinggi dalam Malaysia dan seterusnya.

“Kami teruja dengan peluang IPO ini akan dicipta untuk syarikat dan pihak berkepentingan kami,” tambahnya.

Manakala Pengarah Eksekutif, Ketua Perbankan Pelaburan Kumpulan dan Perbankan Islam Kenanga Investment Bank Berhad, Datuk Roslan Tik berkata, Kucingko Berhad berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan kepakaran dan kehadiran pasaran yang kukuh untuk mencapai pertumbuhan ketara pada tahun-tahun akan datang.

“Tumpuan syarikat untuk mengembangkan keupayaan pengeluarannya dan meningkatkan kecekapan operasi sejajar dengan dinamik pasaran semasa. Kami berbangga untuk menyokong Kucingko dalam perjalanan penting ini dan yakin dengan kejayaan yang berterusan,” katanya.

Kucingko telah menunjukkan pertumbuhan yang teguh untuk tahun kewangan yang ditinjau, disokong oleh kepakarannya dalam pengeluaran animasi 2D, yang menyumbang sebahagian besar hasil syarikat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Dedikasi syarikat terhadap kualiti, kecekapan dan kreativiti telah menjadikannya sebagai pemain yang mantap dalam sektor animasi 2D.

Kenanga Investment Bank Berhad ialah Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin dan Ejen Penempatan untuk Kucingko Berhad.

Baca ini > Go Hub Sasar Raih RM37.51 Juta daripada IPO