Saturday, July 27, 2024

Shila Amzah selamat lahirkan anak perempuan

PENYANYI popular, Shila Amzah dan pasangannya, Ubaidillah Zulkefli atau lebih dikenali dangan nama Ubai kini meraikan kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka.

Ini ekoran Shila selamat melahirkan bayi perempuan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam.

Berita itu telah dikongsikan Ubai di Instagram.

“Alhamdulillah, isteri saya sudah selamat bersalin. Gugur air mata dan sebak melihat isteri bertarung nyawa demi cahaya mata tercinta.

“Pengalaman pertama kali melaungkan azan pada cahaya mata kami, sungguh luar biasa. Perasaan yang tak dapat saya ungkapkan,” kongsinya.

Ubai turut meluahkan rasa hati mengenai arwah ibunya, Rohani Jamal yang meninggal dunia akibat kanser ovari pada Julai tahun lalu pasti gembira dengan kelahiran cucu sulungnya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ubaidillah Zulkefli (@ubaimz)