Wednesday, July 3, 2024

Studio fotografi telefon pintar pertama Malaysia bakal dibuka di Pavilion Bukit Jalil

SUSULAN pelancaran Siri HONOR 200, HONOR akan membuka studio fotografi telefon pintar yang pertama di negara ini di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 26 hingga 30 Jun 2024. Penggambaran ini merupakan sebahagian daripada acara HONOR 200 Series Studio yang akan diadakan di beberapa lokasi terpilih, yang mana HONOR bakal memperlihatkan kuasa versi Pro daripada barisan Flagship Estetik AI ini untuk menangkap fotografi bertaraf studio profesional.

Acara bertemakan ‘Let Your Beauty Speak for Itself’ ini mengetengahkan idea bahawa percaya kepada diri sendiri adalah satu kecantikan dan setiap individu layak untuk memperolehinya. Acara ini mempelawa pengunjung untuk menerokai kecantikan diri mereka dan merakamkannya dengan HONOR 200 Pro.

Daftar untuk menyertai Siri HONOR 200 Studio

Mereka yang berminat untuk mendapatkan penggambaran studio fotografi percuma boleh mendaftar untuk acara HONOR 200 Series Studio di Aras 2 Centre Court (Oval), Pavilion Bukit Jalil, mulai 10 pagi hingga 10 malam, dari 26 hingga 30 Jun 2024.

Slot adalah terhad dan mereka yang berminat boleh membuat pendaftaran terlebih dahulu melalui pautan ini bit.ly/HONOR200SeriesStudio

Selain Pavilion Bukit Jalil, penggambaran studio fotografi tersebut turut diadakan di HONOR 200 Series Studio yang akan dianjurkan di Pulau Pinang, Selangor dan Putrajaya dalam beberapa minggu akan datang. Berikut senarai lokasi dan pautan untuk pendaftaran studio fotografi acara tersebut:

  • Sunway Carnival Mall Main Atrium, G Floor (New Wing), Pulau Pinang (10 – 14 Julai)

Pendaftaran: https://bit.ly/HONOR200SeriesStudio_SunwayCarnivalMall

 

  • Sunway Pyramid, LG2 Orange Concourse, Selangor (17-21 Julai)

Pendaftaran: https://bit.ly/HONOR200SeriesStudio_SunwayPyramid

 

  • IOI City Mall LG East Court, Putrajaya (31 Julai – 4 Ogos)

Pendaftaran: https://bit.ly/HONOR200SeriesStudio_IOICityMall

Siri HONOR 200, Flagship Estetik AI Yang Memberi Nafas Baharu Fotografi Potret Mudah Alih

Siri HONOR 200 memiliki AI Portrait Engine yang kolaborasi secara bersama dengan Studio Harcourt yang tersohor yang berpangkalan di Paris, bagi menangkap gambar potret berkualiti studio. Kedua-dua versi HONOR 200 Pro dan Standard dilengkapi Kamera Utama 50MP serta Kamera Telefoto 50MP. Selain itu, kedua-dua peranti ini turut hadir dengan sensor Sony IMX856 terbaharu, sekaligus menjadikannya telefon pintar pertama di Malaysia yang mempunyai sensor berkuasa ini.

Versi Pro didatangkan dengan Sensor Kamera Utama H9000 1/1.3 inci yang juga digunakan dalam flagship HONOR Magic6 Pro. Manakala varian Standard menggunakan Kamera Utama 50MP yang dipadankan dengan sensor Sony IMX906. Untuk tangkapan gambar yang lebih jelas dan teliti, peranti ini dilengkapi dengan sistem anti-goyang Dual OIS (OIS+EIS).

Telefon pintar HONOR 200 Pro didatangkan dengan penstoran 12GB+ 512GB serta tersedia dalam warna Ocean Cyan dan Moonlight White, pada harga RM2,699. Bagi versi Standard HONOR 200 pula, ianya tersedia dengan penstoran 12GB + 512GB (RM2,199) dan 12GB+256GB (RM1,899). Kedua-dua model ini menawarkan tiga pilihan warna yang menarik iaitu Coral Pink, Moonlight White dan Black.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara HONOR 200 Series Studio, ikuti laman Facebook rasmi HONOR Malaysia dan laman sesawang di https://www.honor.com/my/. – REFLEKS!

Baca ini > Siri HONOR 200 lancar di Malaysia, harga bermula RM1,899