Monday, July 1, 2024

TV AlHijrah rangkul anugerah Hadiah Kewartawanan MPI-Petronas 2023

BUAT julung kalinya TV AlHijrah merangkul anugerah Hadiah Kewartawanan MPI-Petronas 2023 menerusi Berita AlHijrah pada Hadiah Kewartawanan Malaysia Malaysia Press Institute-Petronas 2023 (HKM MPI Petronas 2023).

Berita AlHijrah memenangi Anugerah Emas Kategori Lintas Langsung Berita Video Terbaik sekaligus membawa pulang RM10,000, trofi dan sijil penghargaan.

Anugerah berprestij dalam industri kewartawanan Malaysia itu dimenangi wartawan Mohammad Zaim Nor Zamani serta jurukamera Nor Nazirul Haffiz Japeridin menerusi laporan Gempa Bumi Kuat, Cabaran Getir Operasi S.A.R. Selepas Seminggu Tragedi.

Laporan tersebut merupakan laporan lapangan tentang tragedi gempa bumi kuat yang melanda daerah Gaziantep, Turkiye pada awal tahun 2023.

Walau bagaimanapun, hadiah kemenangan tersebut diterima oleh Ketua Unit Editorial Berita TV AlHijrah, Serieffa Mushtafa Albakry berikutan Mohammad Zaim Nor Zamani dan Nor Nazirul Haffiz Japeridin berada di tanah suci Mekah bagi membuat liputan ibadah Haji tahun ini.

Zaim sewaktu dihubungi berkata ni adalah penganugerahan paling istimewa sepanjang 10 tahun bergelar wartawan penyiaran tv.

“Saya berterima kasih kepada semua pihak khususnya Bilik Berita AlHijrah yang tidak henti memberikan sokongan kepada saya yang secara langsung atau tidak langsung. Terima kasih juga kepada jurukamera Nor Nazirul Haffiz Japeridin di atas visual berkesan yang menyentuh hati.

Serieffa Mushtafa menerima anugerah mewakili Zaim dan Nazirul berikutan Mohammad Zaim Nor Zamani dan Nor Nazirul Haffiz Japeridin berada di tanah suci Mekah bagi membuat liputan ibadah Haji tahun ini.

“Saya bersyukur selain tidak menyangka atas penganugerahan tersebut kerana calon-calon dalam kategori sama yang dipertandingkan tidak kurang hebatnya.

“Namun, kejayaan ini memberikan saya semangat untuk terus melaporkan berita terbaik dalam dan luar negara untuk rakyat Malaysia, terutamanya penonton setia TV AlHijrah,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris mengucapkan tahniah dan melahirkan rasa bangga di atas kejayaan itu.

Alhamdulillah, buat pertama kali pasukan Berita AlHijrah memenangi anugerah berprestij Malaysian Press Institute( MPI) walaupun bersaing sengit dengan agensi berita gergasi lain.

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris

“Penganugerahan ini merupakan pengiktirafan besar buat Bilik Berita TV AlHijrah yang komited menyajikan berita terbaik dengan mengaplikasi manhaj wasatiyyah dalam pelaporan terutamanya pelaporan semasa dunia Islam.

“Ini merupakan satu lagi siri pencapaian membanggakan selepas TV AlHijrah memenangi Anugerah The BrandLaureate Fast Moving Growing Sustainable Business & Brands Award 2024 – Nation Branding dan Anugerah Asia-Pacific Broadcasting Awards Singapore bagi kandungan digital dan aplikasi AlHijrah Plus  pada Mei lalu,” jelas Namanzee.

Hadir sama, Ketua Kumpulan Integrasi Media & Hal Ehwal Korporat, Saifulizan Sidek, Pengurus Berita dan Ehwal Semasa, Ardi Herman Mohd Mardzi dan wartawan berita TV AlHijrah Faiez Baderolhesam dan Nur Zatil Husna Zaharullai.

Majlis berkenaan turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Presiden MPI, Datuk Yong Soo Heong.

Hadir sama, Ketua Kumpulan Integrasi Media & Hal Ehwal Korporat, Saifulizan Sidek, Pengurus Berita dan Ehwal Semasa, Ardi Herman Mohd Mardzi dan wartawan berita TV AlHijrah Faiez Baderolhesam dan Nur Zatil Husna Zaharullai. – REFLEKS!

Baca ini > TV AlHijrah rangkul dua pengiktirafan atas pencapaian digital