Saturday, July 27, 2024

5 cedera, dirempuh kereta arah bertentangan

LIMA individu cedera termasuk tiga cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kereta dan sebuah motosikal di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Georgetown semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Fairol Mahazi Malek berkata, pihaknya menerima panggilan pada 11.35 malam sebelum 10 anggota dan dua jentera dihantar ke lokasi.

“Sebaik tiba, didapati berlaku kemalangan membabitkan tiga kenderaan dan sebuah motosikal.

“Tiga mangsa didapati cedera parah dan dua lagi cedera di badan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Fairol Mahazi berkata, pasukan penyelamat mengeluarkan pemandu wanita yang tersepit menggunakan peralatan khas.

Menurutnya, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk mendapatkan rawatan.

Kejadian terbabit turut tular di media sosial menerusi video kamera papan pemuka memaparkan sebuah kereta dari arah Georgetown terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan kenderaan lain.

Sumber: Harian Metro

Baca ini > Tesla meminta Apple untuk membuktikan pemandu yang terbunuh dalam kemalangan adalah permainan