Saturday, July 6, 2024

5 Lion Bukan Hanya Tentang Dunia Gangster – Fhairul Fizzy

Drama YouTube 5 Lion arahan Datuk Aaron Aziz bukan hanya tentang dunia gangster sebaliknya ada kisah lain yang perlu diberi perhatian.

Antaranya kepentingan menjaga persahabatan, fokus dalam melaksanakan tugas serta sentiasa bertanggungjawab atas perkara yang dilakukan.

Menurut Fhairul Fizzy, 34, yang memegang watak Jebat, idea asal 5 Lion timbul apabila sekumpulan Tiktokers dan Youtubers berdiskusi.

“Ketika bertemu Datuk Aaron Aziz dan membentangkan idea tersebut, beliau pada mulanya bersetuju untuk muncul sebagai cameo sahaja.

“Namun tidak lama selepas itu, kami tidak menyangka beliau hubungi kami dan mahu membantu dan memberi tunjuk ajar di posisi pengarah,” katanya.

Aaron Aziz Dan 5 Lion

Disebabkan nama besar mahu terlibat dalam projek sekumpulan Tiktokers dan Youtubers, kehadiran Aaron bagaikan satu peluang yang cukup luar biasa.

“Dengan adanya Datuk serta pengalaman beliau, kami dapat belajar banyak perkara tentang lakonan, pengurusan produksi dan sebagainya.

“Paling menarik, 5 Lion di bawah arahan Datuk akan menjadi bukti Tiktokers dan Youtuber yang boleh berlakon itu sebenarnya ada,” jelas Fhairul.

Netizen Yang Mengkritik

Mengulas tentang kritikan netizen yang cuma lihat video sepatuh-separuh dan tular, jejaka dari Kuala Kangsar, Perak ini berlapang dada.

“Kita tak dapat nak tutup mulut netizen atau kawal jari mereka tetapi kita tahu bahawa kita berlakon ikut skrip dan hasilnya nanti akan disunting.

“Kalau nak tahu sama ada kualiti drama YouTube itu kurang baik atau bagus, lihatlah pada hasil akhir suntingannya dan episod 1 sudah pun ada di YouTube,” tegasnya.

Barisan Pelakon

Selain Wafee Nazri, Fhairul turut membantu dalam menyediakan skrip bagi drama 5 Lion yang menampilkan para pelakon yang terdiri dari Tiktokers dan Youtuber.

Antaranya Izuan Razali yang memegang watak utama sebagai Megat, Shakira Stephen, Ijam Majid, Bruce Samuel serta ramai lagi.

Drama ini juga dimaklumkan tidak akan berepisod kerana ia akan menjadi sebuah siri yang panjang dan boleh ditonton orang ramai yang berkelapangan. – REFLEKS!

Wujudkan Nama Anda Sebaris Dengan Influencer Lain Dalam Malaysia!

Hello, pembaca. Tahukah ada sempena pelancaran portal online Refleks.my ini, unit media Refleks.my sedang menawarkan 300 artikel untuk ditulis secara percuma.

Maka ceritakan tentang diri anda kepada unit media kami dan dapatkan temubual eksklusif daripada Ketua Editor kami secara percuma.

Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

  • Terbuka kepada lelaki dan wanita
  • Berusia 16 tahun ke atas
  • Pelajar / model / pelakon / penyanyi / usahawan dan freelancer
  • Tidak pernah ditemu ramah mana-mana media

Ceritakan kisah anda, inspirasi anda.. dan yang penting, anda sedang mengorak langkah untuk lebih maju demi diri kepuasan diri anda sendiri.

Berminat? Daftar di sini : BORANG PENDAFTARAN INTERVIEW PERCUMA