Friday, July 5, 2024

Heroin Filem Keluang Man Didedahkan, Apakah Shweta Sekhon Adalah Malini?

Siri animasi Keluang Man pernah menyaksikan kehadiran satu watak wanita cantik dan licik bernama Malini.

Pada siang hari, Malini dikenali sebagai seorang penari kebudayaan yang cukup popular dan sering memberi sumbangan kepada Pusat Rawatan Mental Tumpoi.

Namun pada sebelah malam, Malini mempunyai hobi aneh iaitu suka mencuri barangan berharga untuk dijadikan koleksi peribadi.

Sebelum bertemu Burhan, Malini pernah bertarung dengan Keluang Man dan atas kelicikannya, Malini berjaya melepaskan diri.

Namun siapa sangka, ketika waktu siang, ketika melawat Pusat Rawatan Mental Tumpoi, Malini bertemu Burhan.

Secara automatik, Malini hampir pengsan kerana dia sangat mengenali susuk tubuh itu adalah Keluang Man.

Setelah puluhan tahun, 30 Mei 2024 mendedahkan rupa-rupanya filem Keluang Man mempunyai seorang heroin yang sangat jelita.

Beliau adalah Shewta Sekhon, seorang pelakon Malaysia berketurunan Punjabi dan memegang watak Dr. Malini.

Khabarnya dalam filem Keluang Man, Dr. Malini akan menjaga Burhan dan dia mengetahui bahawa Burhan adalah Keluang Man.

Meski pun pihak produksi tidak mendedahkan wujudnya watak Malini sebagai pencuri berkostum dan ada bertarung dengan Keluang Man dan sebagainya, satu teori baharu boleh diwujudkan.

Memandangkan kita akan menerima bahawa dalam filem Keluang Man memang akan terdapat beberapa perubahan yang tidak mengganggu perjalanan cerita.

Maka tidak mustahil untuk kita berteori Shewta Sekhon berpotensi untuk mengenakan kostum Malini pada projek filem Keluang Man yang akan datang.

Hal ini demikian kerana Nas-T yang melakonkan watak Burhan dan juga Keluang Man, tidak segan silu menyebut produksi mereka itu sedang mencipta universe tersendiri!

P/s: Done melawat set penggambaran filem Keluang Man sebentar tadi di sebuah kawasan tinggal yang serba gelap dan menyeramkan!