Saturday, July 6, 2024

KAO Malaysia jalin kerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor lancar kempen banteras denggi

KAO Malaysia melancarkan serum Biore Guard Mos Block, produk baharu yang diformula dengan ‘anti-landing tech’ untuk mencegah gigitan nyamuk.

EXCO kesihatan awam berkata menerusi kerjasama itu syarikat tersebut menyumbang 61,080 unit produk penghalau nyamuk Bioré Guard Mos Block Serum dengan nilai keseluruhan RM971,172.

“Menerusi kerjasama ini kita akan laksana program pencegahan denggi di Selangor bersama KAO Malaysia dengan aktiviti pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat termasuk gotong-royong.

“Kita juga akan mengedarkan produk penghalau nyamuk di kawasan ‘hotspot’ denggi termasuk menganjurkan program kesedaran di sekolah sekitar Selangor bagi meningkatkan kefahaman masyarakat berhubung bahaya aedes.

“Kerajaan Negeri menghargai sumbangan daripada KAO Malaysia ini dan mengalu-alukan kolaborasi seperti ini bersama pihak swasta pada masa akan datang sekali gus memastikan kesihatan rakyat Selangor terjamin,” kata Jamaliah Jamaluddin.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran New Bioré Guard Mos Block Serum di Hotel One World semalam.

KAO Malaysia melancarkan produk penghalau nyamuk daripada menghinggap kulit manusia yang boleh didapati di farmasi, pasar raya terpilih dan secara dalam talian mulai Julai ini.

Sementara itu, mengenai situasi Covid-19 di Selangor, Jamaliah berkata setakat ini keadaan masih terkawal dan masyarakat tidak perlu bimbang.

“Namun orang ramai terutama golongan berisiko dinasihatkan mengambil langkah berwaspada ketika berkunjung ke kawasan sesak dan kalau boleh pakailah pelitup muka.

“Saya sarankan kepada yang belum vaksin sila ambil dos itu di pusat kesihatan berhampiran dan sekiranya ada individu belum lengkapkan dos (vaksin) sila lengkapkan segera,” katanya.

Sementara itu, produk Bioré GUARD Mos Block Serum, yang akan dilancarkan di Malaysia, adalah krim penghalau nyamuk dengan teknologi unik anti pendaratan yang memfokuskan pada struktur kaki nyamuk. Produk ini mengubah permukaan kulit memberikan sifat yang tidak disukai oleh nyamuk dan menghalangnya daripada tinggal cukup lama pada kulit untuk menggigit. Krim ini ringan dan menyenangkan pada kulit, seperti losyen badan. Ia merebak secara nipis dan rata serta tidak melekit.

Kredit: MalaysianewsTV

Baca ini > Virus terbaharu: Selesema tomato sama seperti Covid-19