Friday, July 5, 2024

Mimie Ara Sedia Melangkah Ke Pentas Finalis KWC Model Search 2024

Pempengaruh media sosial, Mimie Ara sedia melangkah ke pentas Finalis KWC Model Search 2024 yang akan berlangsung pada 22 Jun ini.

Di pentas tersebut, Mimie akan berentap dengan lima lagi peserta lain yang masing-masing membawa gaya serta keunikan tersendiri.

Namun berbekalkan pengalaman dalam bidang peragaan, Mimie yakin berpeluang untuk memberikan terbaik dalam sesi penjurian kelak.

Terdahulu, KWC Fashion Wholesale telah mengumumkan pencarian KWC Model Search 2024 pada September 2023 dan mendapat penglibatan ramai wanita hebat dalam negara.

Baca Juga > Bukan Sekadar Lasak, Mimie Ara Akui Muay Thai Mampu Cantikkan Bentuk Badan!