Friday, July 5, 2024

Penjawat Awam Berpeluang ‘Genggam’ Pelaburan Hartanah Di Presint 7, Putrajaya

Penjawat awam yang bekerja di Putrajaya berpeluang untuk ‘menggenggam’ pelaburan hartanah menerusi projek Residensi Wilayah (RUMAWIP).

Dengan harga RM300K, penjawat awam boleh memiliki sebuah apartment berkeluasan 800 kps siap berbalkoni dengan satu ruang tempat letak kereta.

Jika memerlukan dua tempat kereta, penjawat awam disarankan untuk membeli unit di Residensi Wilayah (RUMAWIP) yang berharga RM318K.

Menariknya, Residensi Wilayah (RUMAWIP) yang merupakan jantung bagi projek Residensi Sentral ini terletak cuma 100 meter untuk ke Putrajaya Sentral.