Friday, May 17, 2024

Penulen air baharu Coway DAZZIE – minimum dalam saiz tetapi maksimum dalam kefungsian serta gaya

COWAY, syarikat Best Life Solution, dengan bangganya memperkenalkan tambahan terbaru dalam rangkaian penulen airnya, Coway DAZZIE. Penulen air atas meja ini yang ramping serta kompak bukan sahaja melambangkan inovasi dan praktikaliti, ia juga memberikan rakyat Malaysia perspektif baharu terhadap penulen air.

Dengan Coway DAZZIE, Coway menetapkan penanda aras baharu dalam keanggunan dan kecekapan, membuktikan bahawa prestasi unggul boleh dicapai dalam reka bentuk yang kompak.

Dalam dunia serba pantas yang bercirikan kehidupan moden dan minimalis, Coway DAZZIE tampil sebagai penyelesaian yang sempurna bagi pilihan gaya hidup yang semakin popular di kalangan rakyat Malaysia.

Reka bentuknya yang ringkas dan anggun melengkapi gaya hidup ini, menjadikannya penyelesaian ideal untuk rumah dengan ruang terhad. Selain daripada reka bentuknya yang menjimatkan ruang, Coway DAZZIE menambah sentuhan elegan kepada pelbagai jenis ruang kediaman, menjadikannya pilihan yang sempurna bagi mereka yang ingin gabungkan gaya dan kefungsian untuk peralatan rumah mereka. Ia juga memenuhi segala keperluan dengan menyediakan air panas, suam, dan sejuk yang ditulen dalam dua pilihan warna bergaya, Putih Porselin dan Kelabu Grafit.

Coway DAZZIE merupakan penulen air Coway Malaysia yang paling kecil setakat ini, namun saiznya tidak mencerminkan keupayaannya. Ia mampu menyediakan aliran air panas dan suam tanpa had serta-merta dengan tangki 1 liter khas untuk air sejuk. Sistem penapisan air Coway Nanotrap™ boleh menghapuskan sehingga 99.999% Murine Norovirus daripada air paip dengan berkesan. Bukan itu sahaja, ia dilengkapi dengan empat suhu air pra-tetapan, sesuai untuk penyediaan susu formula bayi (45°C), teh (70°C), kopi (85°C), malah mi segera atau telur rebus (98°C).

Penulen air ini juga dilengkapi dengan paip sambungan lebih panjang secara percuma dan isipadu pra-tetapan bagi memudahkan pengambilan air untuk cawan (250ml), botol (500ml), periuk (1,000ml) secara lebih tepat. Kesemua keperluan air anda dari minuman pagi, penyediaan formula bayi atau keperluan air harian anda akan dipenuhi dengan tepat.

Memenuhi keperluan memasak, membasuh buah serta sayuran, penghidratan selepas bersenam dan banyak lagi dengan mudah. Dengan Coway DAZZIE, para pengguna dapat menikmati akses air yang lancar sepanjang hari dengan mudah, meningkatkan tahap keselesaan dan kecekapan setiap hari.

Selain prestasi yang luar biasa, Coway DAZZIE mengutamakan kebersihan dengan menawarkan perkhidmatan penyelenggaraan berkala dan ciri-ciri canggih yang direka untuk mengekalkan piawaian yang sempurna. Coway DAZZIE mensterilkan kepala paip secara automatik dengan sinar UV selama 25 minit selepas enam jam tidak digunakan bagi menghapuskan sehingga 99.9% bakteria seperti E.coli, S.aureus dan P.aeruginosa.

Jika tidak digunakan selepas satu jam, Coway DAZZIE akan aktifkan Sleep Mode untuk menjimatkan penggunaan tenaga. Ini bukan sahaja menggalakkan kemampanan tetapi juga membantu para pengguna menjimatkan bil elektrik mereka, selaras dengan komitmen Coway terhadap pemuliharaan alam sekitar. Dengan menggabungkan teknologi inovatif serta reka bentuk mesra alam, Coway DAZZIE menetapkan piawaian baharu untuk penulen air dengan menawarkan pengguna prestasi dan kebersihan terunggul bersama dengan kecekapan tenaga untuk masa depan yang lebih hijau.

Coway terus menerajui penyelesaian inovatif yang meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia. Dengan menggabungkan teknologi terkini dan reka bentuk yang elegan serta ciri-ciri mesra pengguna, Coway DAZZIE sekali lagi menetapkan piawaian baharu bagi penulenan air dan menegaskan komitmen Coway terhadap kecemerlangan dan kepuasan pelanggan.

Kredit:MalaysiaNewsTV

Baca ini > LG Rent-Up komited tingkatkan taraf hidup kediaman Malaysia dengan program penyewaan produknya