Friday, May 17, 2024

LG Rent-Up komited tingkatkan taraf hidup kediaman Malaysia dengan program penyewaan produknya

LG Electronics (M) Sdn Bhd hari ini telah melancarkan program LG Rent-Up™, yang merupakanperkhidmatan penyewaan peralatan rumah yang komprehensif di Malaysia.

Program penyewaan yang inovatif ini menawarkan fleksibiliti dan kemampumilikan kepada rakyat Malaysia dalam meningkatkan kehidupan mereka dengan peralatan rumah pintar terkini daripada LG.

Dengan LG Rent-Up™, pengguna tidak perlu lagi mengeluarkan kos pendahuluan yang tinggi untuk membeli peralatan rumah dan peralatan yang usang juga boleh diketepikan. Program terbaharu daripada LG ini bertujuan untuk memperkasakan rakyat Malaysia meningkatkan ruang kediam mereka dengan mudah sambal mengekalkan kestabilan kewangan.

Sejumlah Sembilan rangkaian produk LG tersedia untuk program ini, termasuk penulen air, penulen udara, penghawa dingin, mesin basuh, peti sejuk, TV dan banyak lagi, anda kini boleh naik taraf kediaman anda dengan mudah melalui tempoh sewaan fleksibel minimum 5 tahun dan maksimum 7 tahun bergantung kepada rangkaian produk yang dipilih.

“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan program penyewaan LG Rent-Up™ kami yang komprehensif kepada rakyat Malaysia. Dengan LG Rent-Up™, kami berhasrat untuk memberi pengalaman penyewaan yang terbaik kepada pengguna tempatan supaya mereka dapat menikmati produk dan perkhidmatan yang inovatif tanpa memerlukan pembayaran pendahuluan yang berlebihan.” kata Pengarah Urusan LG Malaysia, Justin Choi.

Produk LG juga didatangkan dengan pakej perkhidmatan komprehensif yang merangkumi pilihan servis layan diri dan lawatan berkala daripada juruteknik LG.

Selain itu, penyepaduan yang lancar antara produk LG dengan aplikasi LG ThinQ membolehkan pengguna memantau status produk yang disewa dengan mudah untuk memastikan peralatan tersebut kekal efisyen.

Selain daripada ketersedian perunding pakar, perkhidmatan penghantaran dan pemasangan percuma, serta khidmat pelanggan, LG Rent-Up™ turut menawarkan waranti standard sepanjang tempoh penyewaan.

Untuk mewujudkan pengalaman pelanggan yang memuaskan, pengguna juga boleh menaik taraf produk sewaan mereka kepada peralatan rumah LG yang lebih baharu pada penghujung tempoh penyewaan produk semasa.

“Apa yang benar-benar memberzakan perkhidmatan penyewaan kami daripada yang lain ialah komitmenkami untuk menyediakan pengalaman yang mudah dan lancar. Sebagai satu-satunya penyedia yang menawarkan rangkaian produk yang pelbagaidi bawah satu program penyewaan, kami tidak sabar untuk menyaksikan rakyat Malaysia marasai sendiri gaya hidup yang lebih pintar dengan produk LG.” tambah Justin lagi.

LG Rent-Up kini boleh didapati di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut tentang LG dan program Rent-Up™ mereka, sila layari laman web rasmi LG Malaysia atau Facebook rasmi LG Malaysia untuk berita dan promosi terkini. – REFLEKS!