Saturday, July 6, 2024

PM Anwar luang masa tonton pementasan teater Haji Murat

PERDANA MENTERI Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir meluangkan masa ke pementasan Teater Haji Murat di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di ibu negara.

Beliau yang tiba di Balai Budaya Tun Syed Nasir diiringi isteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail serta meluangkan masa kira-kira sejam menyaksikan pementasan sulung karya ulung sasterawan Rusia Leo Tolstoy.

Dalam ucapannya, beliau menyifatkan karya Tolstoy antara karya sastera yang unggul dan terindah yang sarat dengan mesej perjuangan.

Kehadiran perdana menteri merupakan petanda positif kepada usaha menjadikan teater sebagai platform keilmuan selari dengan pembinaan masyarakat MADANI.

Pengertian di sebalik naskhah ulung itu memberi gambaran betapa peperangan dan kekuasaan yang ganas hanya melahirkan ramai watak jahat dan khianat.

Turut hadir Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.

Baca ini > Kerajaan tidak campur tangan kreativiti karya seni – PM Anwar