Sunday, May 26, 2024

PM Anwar tegaskan kepada wakil Bloomberg, “tiada kasino kedua di Malaysia”

PERDANA MENTERI Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tegas berkata “tidak” kepada idea kemungkinan menubuhkan kasino kedua di Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan moderator Haslinda Amin dari Bloomberg Television dalam sesi pleno Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 di Doha semalam.

Anwar berkata Malaysia kini menumpukan sektor transformasi digital, peralihan tenaga serta kecerdasan buatan (AI).

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata semua sektor itu, antara lain, memadai untuk mendorong pertumbuhan masa depan.

Katanya, justeru, di bawah pentadbirannya, tiada keperluan untuk (lesen) kasino kedua di Malaysia.

“Sama sekali tidak! Malaysia tidak perlu terlibat dalam perniagaan kasino (kedua).

“Kami menumpukan transformasi digital, peralihan tenaga (dan) AI, dan kami percaya ini adalah (antara industri yang) mencukupi untuk memacu negara ke hadapan,” katanya memetik laporan Bernama.

Anwar ditanya sama ada Malaysia mempertimbangkan untuk membenarkan (lesen) kasino kedua di bawah Kerajaan MADANI.

Baca ini > Kerjasama Kerajaan Perpaduan kukuh, agenda reformasi diteruskan – PM Anwar