Saturday, July 6, 2024

US Coast Guard perkukuh hubungan dengan Maritim Malaysia

COMMANDANT of United States Coast Guard (USCG), Admiral Linda Lee Fagan telah mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dalam usaha memperkukuhkan hubungan dan kerjasama melalui penguatkuasaan khususnya bagi membanteras aktviti jenayah rentas sempadan bermula 28 Mei hingga 30 Mei.

Ia adalah lawatan kali pertama Admiral Linda ke negara ini selepas beliau dilantik sebagai Commandant USCG pada 1 Jun 2022.

Sempena rangka lawatan rasmi berkenaan, beliau bersama deligasi USCG telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta pertemuan bilateral dengan Pemangku Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim.

Antara intipati perbincangan mengisi pada pertemuan itu adalah mengenai kegiatan jenayah di perairan sempadan negara serta status pemberian kapal USCG Cutter kepada Maritim Malaysia yang bakal diterima akhir tahun ini.

Selain kunjungan hormat, pihak USCG juga telah menganjurkan Women in Law Enforcement Forum yang turut melibatkan seorang pegawai kanan Maritim Malaysia iaitu Laksamana Pertama Maritim Zulinda Ramly sebagai salah seorang panel forum yang diadakan di Putrajaya pada 29 Mei. – REFLEKS!

Baca ini > Peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia