Tuesday, July 9, 2024

AG Nutrition International lancar produk suplemen pengurusan berat badan untuk gaya hidup lebih sihat

AG NUTRITION International, sebuah nama terkemuka dalam industri kesihatan tempatan dan antarabangsa, menandakan ulangtahun ke-5 mereka dengan pengumuman besar-besaran terbaharu mereka dalam penjagaan dan pengurusan berat badan – AG Leanz. Acara yang dinantikan dengan gilang gemilang itu, berlangsung pada 12 Mei 2024 di Glenmarie Golf and Country Club.

Selain daripada pelancaran produk, para tetamu telah berpeluang untuk berinteraksi dengan artis dan selebriti, termasuk personaliti terkenal Rozita Che Wan dan Zain Saidin.

Sambutan Majlis Ulangtahun ke-5 AG Nutrition International Sdn. Bhd.

Dengan slogan ‘Define Your Body, Define Your Destiny’; AG Leanz bersedia untuk mengubahsuai landskap pengurusan berat badan dengan formula terkini, diatur dengan teliti untuk memberdayakan individu dalam perjalanan mereka menuju gaya hidup yang lebih sihat.

Produk AG Leanz

AG Leanz 

Produk ini mempunyai gabungan unik bahan semulajadi, setiap satu dipilih dengan cermat untuk membantu menyokong penurunan berat badan dan menambah baik tahap kesihatan secara keseluruhan.

AG Leanz mengandungi Inulin yang diambil daripada akar cekur, pemanis rendah kalori ini tidak hanya memperkaya kandungan serat makanan anda tetapi juga menggalakkan kesihatan pencernaan. Mengurangkan sembelit dan menjadikan usus anda yang lebih sihat!

Selain itu campuran eksklusif Daun Sage dan Daun Mulberi dalam AG Leanz mampu menyimbangkan perasaan lapar dan kenyang lantas membantu anda mematuhi pelan pemakanan dan penurunan berat badan anda. Selain itu, ia juga meningkatkan ‘mood’ dan kualiti hidup anda semasa tempoh pengawasan kalori.

(Dari Kiri) Ketua Pegawai Eksekutif AG Nutrition International Faiz Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif AG Nutrition International Hafiz Salleh,

Manakala ekstrak buah Oren Merah Sicilia pula bertindak sebagai pembakar lemak yang sangat baik terutamanya pada lemak di kawasan yang sukar seperti lengan, perut, pinggul, dan pinggang. Ia juga mengurangkan indeks jisim badan (BMI) dan mengurangkan risiko obesiti.

Kandungan ekstrak Teh Ungu yang terdapat dalam AG Leanz ini juga menghalang penyerapan dan pengumpulan lemak sambil menyediakan antioksidan yang memberi manfaat kepada kulit anda supaya kelihatan lebih muda.

Turut hadir pada majlis pelancaran Pengerusi AG Nutrition International Datuk Iskandar Halim, Ketua Pegawai Eksekutif AG Nutrition International Hafiz Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif AG Nutrition International Faiz Salleh dan Penasihat Korporat, AG Nutrition International Datuk Zaliha Abdul.

Rozita Che Wan adalah jemptan khas memeriahkan lagi Majlis Pelancaran AG Leanz

AG Nutrition International adalah syarikat tempatan dan penyedia terkemuka bagi makanan tambahan inovatif dalam bidang kesihatan dan kecergasan, yang berazam membantu individu mencapai matlamat kesihatan dan kecergasan mereka. Dengan komitmen kepada kecemerlangan dan tumpuan kepada bahan semulajadi, misi mereka adalah untuk mengubah kehidupan, satu produk pada satu masa.

Barisan produk yang dikeluarkan oleh AG Nutrition International Sdn Bhd adalah AG Cera (Pemakanan Antioksidan), AG Drinks (Kopi Butterscoth Berkhasiat) dan AG Beauty (Anti Penuaan Kulit). Ia berjaya menembusi pasaran global di 24 buah negara termasuk Malaysia, Brunei, Singapura, India, Benin, Botswana, Cameroon, Ghana, Ivory Coast, Kenya, Malawi, Mozambique, Namibia, Nigeria, Afrika Selatan, Tanzania, Togo, Uganda, Zambia, Zimbabwe, Maghribi, Mali, United Kingdom, Romania dan Algeria. Seramai hamper 400,000 ejen di seluruh dunia terlibat aktif menjual produk AG Nutrition. – REFLEKS!