Tuesday, July 9, 2024

Alia Si Gadis Pelumba Motosikal Finalis Anugerah Perdana Belia Negara

Gadis pelumba motosikal lepasan GIATMARA, Siti Norsyafiyah Alia Saarizan atau lebih mesra disapa sebagai Alia telah dinobatkan sebagai finalis Anugerah Perdana Belia Negara.

Alia tercalon sebagai finalis Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Selangor 2024 dan pengiktirafan awal itu adalah sesuatu yang membanggakan.

Beliau telah dipilih berdasarkan penglibatan aktif dengan pelbagai aktiviti pembangunan belia di negeri Selangor.

Alia adalah pelumba motosikal MAM Malaysia Superbike Championship 2024 dan penuntut sebuah universiti tempatan dalam bidang perundangan.

Beliau juga merupakan alumni Kursus Teknologi Motosikal dari GIATMARA Beruas.
Sejak dari GIATMARA lagi beliau aktif dan sentiasa memberi ‘aura’ positif kepada rakan-rakan yang lain.

Penglibatan beliau dalam perlumbaan ketika di GIATMARA lagi memberi nilai tambah kepada pelatih-pelatih lain kerana Alia sering berkongsi pengalaman dan sentiasa menjadikan rakan sekelas sebagai rakan teknikal perlumbaan.

Tidak hairanlah beliau telah dinobatkan sebagai finalis Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Selangor pada tahun ini.

Tahniah Alia diatas pengiktirafan ini. Terus memberi inspirasi kepada semua belia.Terus banggakan GIATMARA!

Dapatkan artikel semasa terus ke Whatsapp anda!
Dapatkan artikel semasa terus ke Whatsapp anda!

________________________________________________________

Iklan: Ingin terbitkan artikel / hebahan / program di Refleks.my? Hubungi Akyem Samad untuk dapatkan sebut harga di talian 011-17117086 (Whatsapp)!