Saturday, July 6, 2024

Belum Sah Jawatan & Kontrak Tetap Berpeluang Miliki Aset Di Presint 7 @ Putrajaya

Penjawat awam yang belum disahkan jawatan atau berstatus kontrak berpeluang untuk memiliki rumah pertama di Presint 7 @ Putrajaya.

Pegawai perhubungan dan unit promosi, Akyem Samad berkata, antara projek yang boleh dicuba buat masa ini adalah Residensi Sentral.

“Residensi Sentral terletak kira-kira 100 meter dari Putrajaya Sentral dan ia terbahagi kepada Residensi Prihatin (Madani) dan Residensi Wilayah (Rumawip).

“Syarat asas bagi memiliki rumah pertama di Residensi Sentral adalah mesti sama ada lahir, bekerja atau menetap dalam Wilayah Persekutuan,” katanya.

Enam Bulan Penyata Gaji & Bank

Kata Akyem Samad, untuk penjawat awam yang belum disahkan jawatan atau berstatus kontrak, permohonan akan dimajukan kepada bank-bank panel.

“Pembeli hanya perlu menyediakan beberapa dokumen asas seperti salinan kad pengenalan, surat pelantikan dan enam bulan penyata gaji serta penyata bank.

“Kesemua dokumen ini boleh dihantar menerusi Whatsapp pegawai yang bertugas bagi mendapatkan semakan kelayakan secara percuma,” ujar Akyem.

Penjawat Awam Disahkan Jawatan

Bagi penjawat awam yang telah pun mendapat pengesahan jawatan, pembeli hanya perlu kemukakan salinan kad pengenalan dan penyata gaji tiga bulan terkini sahaja.

Kata Akyem lagi, selepas membuat semakan kelayakan secara percuma dan status adalah layak, barulah pembeli berpeluang untuk memilih unit yang masih tersedia.

“Untuk Residensi Prihatin (Madani), tawaran tersebut dikhususkan kepada pembeli yang pendapatan isi rumahnya tidak melebihi RM5,000.

“Manakala untuk Residensi Wilayah (Rumawip), ia terbuka kepada isi rumah yang pendapatannya melebihi RM5,001 dan ke atas,” ujar Akyem.

Pada 29 dan 30 Mei 2024, unit promosi bagi projek perumahan Residensi Sentral berada di lobi Kementerian Komunikasi dari jam 10 pagi hingga 3 petang.

Sebarang info lanjut atau pun semakan atas talian, boleh berhubung dengan Akyem Samad di talian 011-17117086 (Whatsapp).