Friday, July 5, 2024

Bukan Sekadar Lasak, Mimie Ara Akui Muay Thai Mampu Cantikkan Bentuk Badan!

Siapa sangka dengan menjalani latihan Muay Thai, ia bukan sahaja mampu meningkatkan tahap kesihatan diri, malah berpotensi mendapatkan bentuk badan yang cantik.

Perkara ini diakui pempengaruh media sosial, Mimie Ara, 31, yang telah pun berkecimpung dalam dunia Muay Thai sekali gus berjaya mendapatkan keyakinan diri yang luar biasa.

“Latihan Muay Thai sangat menyeronokkan. Sekali jalani latihan, ia akan libatkan seluruh anggota dan menariknya, ia mampu memberi bentuk badan yang diingini,” katanya.

Mimie berkata demikian kepada Refleks.my mengulas keterujaannya berkecimpung dalam bidang Muay Thai yang serba lasak serta berintensiti tinggi.

Ujar Mimie lagi, selain berpeluang membina bentuk badan yang diingin, Muay Thai sedikit sebanyak memberi keberanian dan menzahirkan sifat sentiasa berjaga-jaga.

“Mimi banyak bekerja sendirian. Kalau ke mana-mana pun seorang diri. Jadi dengan adanya asas Muay Thai, ia bagai satu bonus untuk Mimie pertahankan diri,” katanya.

Artikel penuh mengenai Mimie yang juga merupakan finalis KWC Model Search 2024 akan menyusul.