Monday, May 6, 2024

CBP buka cawangan di Jerteh

CO-OPBANK Pertama (CBP) semalam telah merasmikan cawangan terbaru di Jerteh, Terengganu yang merupakan cawangan ke-33 institusi kewangan tersebut.

Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Hj Jelani Sulong, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, hari ini yang turut dihadiri oleh Anggota Lembaga dan juga Pengurusan CBP.

Datuk Baharom Embi berkata, pembukaan cawangan Jerteh ini adalah untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat selain seiring dengan perancangan strategik CBP untuk mengembangkan lagi perniagaan negeri berkenaan.

“Cawangan Jerteh adalah cawangan yang ketiga di Terengganu selepas Kuala Terengganu dan juga Dungun. Satu lagi cawangan CBP di Papar, Sabah juga akan turut dibuka dalam masa yang terdekat. CBP juga merancang untuk membuka dua lagi cawangan pada suku keempat tahun ini iaitu di Bangi, Selangor dan juga Segamat, Johor.

“Dengan pembukaan cawangan ini, ianya menunjukkan bahawa CBP komited bahawa perancangan yang digariskan di dalam Pelan Strategik CBP 2022-2026 untuk memiliki 36 buah cawangan di seluruh negara dapat dicapai dengan jayanya.

CBP berharap dengan pertambahan cawangan di Terengganu, penduduk setempat dapat memberi sokongan sepenuhnya kepada produk dan perkhidmatan yang ditawarkan selain anggota dan pelanggan sedia ada dapat menjalankan urusan dengan mudah. – REFLEKS!

Baca ini > CBP rasmi cawangan Kuching II dan Sandakan