Tuesday, July 9, 2024

Disangka ‘Prank’, Rupanya Rezeki Menang Emas 500 Gram – Dato’ Amirul Rahman

Seorang usahawan sektor perladangan dan telekomunikasi bersyukur apabila terpilih menjadi salah seorang pemenang Cabutan Hadiah Utama Akaun Pelaburan-i Rizq Plus.

Beliau, Dato’ Amirul Rahman Abdul Rahim,50, yang merupakan Pengarah Eksekutif Colla Group Sdn Bhd berkongsi cerita, beliau tidak percaya dengan berita yang diterima.

Tambahan pula, beliau pernah menggalas tugas sebagai Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat pada tahun 2010 sehingga 2013.

Jadi pada sangkaan beliau, panggilan itu mungkin ‘prank’ atau ada pihak yang cuba bermain-main dengan bekas Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat.

Namun setelah menerima dua hingga tiga kali panggilan, beliau percaya itu adalah panggilan yang betul dan bersyukur kerana terpilih untuk menang.

“Saya terbuka hati untuk menjadi peserta kerana ketentuan Ilahi. Selalunya saya jarang sertai akaun pelaburan dan sebagainya.

“Tetapi setelah ditawarkan pengurus cawangan Bank Rakyat Seskyen 9 Shah Alam dan dijelaskan tentang kepentingannya, saya mendaftar sebagai peserta,” katanya.