Tuesday, July 9, 2024

Genap 16 tahun, RichWorks terus komited lahirkan usahawan jutawan di Malaysia

GENAP 16 tahun RichWorks International, merintis pembangunan usahawan jutawan di negara hingga menyaksikan ramai usahawan jutawan terutama bumiputera dilahirkan daripada sistem, ilmu dan strategi yang terbukti.

Pengasas dan Pengerusi RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata, bermula secara kebetulan dan bertukar minat hingga menjadi sebuah institusi dengan kepakaran dalam menyaksikan pertumbuhan seseorang usahawan daripada satu tahap ke tahap yang lebih tinggi lagi.

Katanya, pengalaman 16 tahun dengan melihat sendiri jatuh bangun seseorang usahawan secara dekat membuatkan RichWorks sentiasa menambah baik dan bergerak ke hadapan dalam menyokong pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Pengasas dan Pengerusi RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr. Azizan Osman

“Alhamdulillah, RichWorks boleh dikatakan sebagai satu institusi keramat melahirkan usahawan yang berjaya bukan hanya capai jualan jutaan ringgit bahkan menyumbang kembali kepada masyarakat dan negara.

“Tahun lalu, 65 usahawan bimbingan secara dekat kami capai jualan lebih RM10 juta dan kami dalam misi untuk lahirkan 100 usahawan pula pada tahun ini.

“Usahawan kami dibimbing secara holistik, bukan saja aspek bisnes termasuk menekankan kewajipan membayar cukai, zakat, tanggungjawab mereka kepada kakitangan dan masyarakat bahkan aspek kerohanian yang sangat penting.

“Bahkan dengan galakan dan dorongan juga, 30 usahawan Titanium kami dapat menunaikan rukun Islam kelima, ibadah haji malah ada yang membawa ahli keluarga,” katanya dalam satu kenyataan sempena Ulang Tahun Ke-16 RichWorks, semalam.

Sempena ulang tahun ke-16, RichWorks mengadakan Klinik Usahawan khusus buat usahawan-usahawan di luar sana mengikut industri secara percuma bermula Jun hingga penghujung tahun ini.

Tambah Azizan, usahawan ini dapat lebih kepastian dengan adanya mentor atau jurulatih yang dapat tegur dan bawa mereka melihat di mana jurang-jurang yang ada dan potensi lain yang boleh dibuat untuk mencapai sasaran.

“Nak jalankan bisnes ini mudah, tapi nak buat bisnes bertahan dan alami pertumbuhan itu susah jika anda tiada sokongan yang betul.

“Bahkan salah satu cabaran terbesar bagi usahawan terutama pemilik bisnes bila mana mereka terperangkap dengan kejayaan masa lalu,” jelasnya.

Azizan berkata, mereka akan mula rasa selesa, tak nak berubah dengan tetap nak melakukan perkara sama tapi mengharapkan hasil lebih baik.

“Inilah yang selalu saya lihat permulaan kepada kejatuhan mereka dan jika tidak dibetulkan boleh menyebabkan bisnes terlingkup.

“Bagi selesaikan isu ini, usahawan kena sedar bahawa masa beredar, teknologi berkembang dan tingkah laku manusia juga berubah menyebabkan kita perlu sentiasa bersedia untuk tambah baik ‘game’ masing-masing,” tegasnya lagi. – REFLEKS!

Baca ini > Andalusia anjur Majlis Ilmu Bangkit Usahawan Umrah tingkatkan motivasi agensi, ejen