Tuesday, July 9, 2024

Iklan Raya Aidiladha KPKT tampil kelainan

BERSEMPENA dengan sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengeluarkan satu filem pendek yang bertemakan pengorbanan.

Filem yang berjodol Korban Kasih itu menampilkan beberapa nama besar dalam industri hiburan tanah air seperti Ellie Suryati dan Razman Mahayuddin.

Ia turut mengengahkan beberapa pelakon baru yang sedang meningkat naik.

Biarpun dalam humor, filem berdurasi lapan minit turut diselitkan dengan elemen-elemen yang menyentuh perasaan.

Selain itu, ia secara tidak langsung membawa penonton meneroka perkhidmatan-perkhidmatan serta produk-produk yang disediakan oleh KPKT.

Filem pendek ini telah disiarkan di semua platform media sosial rasmi KPKT iaitu Facebook, Instagram, X, TikTok dan Youtube. – REFLEKS!