Tuesday, July 9, 2024

Ismail Sabri terima jemputan makan tengah hari bersama Putera Mahkota Arab Saudi

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendapat jemputan makan tengah hari bersama Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman.

Ismail Sabri dalam satu hantaran di Facebook hari ini berkata, majlis makan tengah hari itu berlangsung semalam di istana baginda di Mina.

“Semalam saya mendapat jemputan makan tengahari bersama Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi.

“Jemputan terdiri daripada pemimpin-pemimpin dari pelbagai negara yang menunaikan ibadah haji,” katanya.

Ismail Sabri berkata, selain beliau, tetamu dari Malaysia menerima jemputan tersebut ialah Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Katanya, beliau berterima kasih di atas jemputan itu yang melambangkan hubungan persaudaraan erat antara Malaysia dan Arab Saudi. – REFLEKS!