Tuesday, July 9, 2024

Misbun & Jalani Sidek serta Destina1 International jalin kerjasama promosi gaya hidup sihat & teknologi inovatif

PEMAIN lagenda badminton negara, Datuk Dr. Misbun Sidek dan Datuk Seri Jalani Sidek berkolaborasi strategik dengan syarikat tempatan, Destina1 International bagi mempromosikan gaya hidup sihat dan inovatif di seluruh negara.

Menurut Pengasas dan Ketua Pengarah Eksekutif, Datuk Seri Dr. Barani Karunakaran, kolaborasi tersebut bagi berkongsi cara-cara meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan menggunakan “Uniwave by Quantes Technology” melalui program-program yang akan dianjurkan selepas ini.

Katanya, produk-produk kesihatan ini boleh dijadikan sebagai satu penyelesaian yang komprehensif bagi pelbagai masalah kesihatan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia.

“Kedua-dua lagenda badminton secara peribadi mengalami peningkatan yang ketara dalam tahap kesihatan secara keseluruhan dan prestasi sukan mereka melalui penggunaan produk Destina1.

“Oleh itu, kami bawakan Program Kesedaran Kesihatan dan Program Jelajah Malaysia bersama The Sidek’s menampilkan lagenda ini untuk berkongsi pandangan tentang pentingnya menjaga kesihatan dan akan berkongsi manfaat-manfaat kesejahteraan yang mereka menikmati melalui penggunaan produk Destina,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Tambah beliau, program live pada setiap minggu di media sosial juga akan menampilkan ikon sukan negara ini, menawarkan petua kesihatan dengan berinteraksi dengan penonton.

“Inisiatif ini akan meliputi Malaysia dan akan melanjut ke negara jiran seperti Indonesia, Singapura, dan Filipina.

“Kami nak bantu bukan saja dalam bahkan masyarakat di luar agar mendapatkan penyelesaian kesihatan komprehensif dan membimbing mereka dalam mengamalkan gaya hidup sihat melalui penggunaan produk-produk berteknologi yang inovatif.

“Destina1 juga akan memperkenalkan rangkaian produk The Sidek’s termasuk gelang tenaga Uniwave yang dihasilkan oleh Kritalia & Co, barang kemas eksklusif buatan Itali,” ujarnya.

Sehubungan itu, Barani memberitahu, orang ramai dijemput untuk menghadiri program itu nanti di mana berpeluang berinteraksi dengan Misbun dan Jalani serta mendapat manfaat sama seperti mereka.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web, www.destina1.com atau e-mel kepada [email protected], boleh hubungi kami di talian +601110261789, atau sertai Program Live kami di platform media sosial seperti TikTok, Facebook dan Instagram. – REFLEKS!