Saturday, July 6, 2024

Proton Mendaftar Tanda Dagang e.MAS7 – Mungkin Nama EV Pertama e.MAS?

Bulan lalu Proton telah memperkenalkan jenama kenderaan elektrik mereka iaitu e.MAS. Tidak lebih dari sebulan berlalu, hari ini Nextrift melaporkan yang Proton telahpun mendaftar tanda dagang e.MAS7 pada 13 Jun menerusi MyIPO, sehari selepas pengumuman jenama e.MAS.

Tanda dagang e.MAS7 ini juga lengkap dengan tulisan serta logo, dan mungkin memberikan petanda rasmi untuk model EV pertama mereka yang akan dipasarkan menjelang penghujung tahun ini. Terdapat ura-ura yang mana model pertama e.MAS adalah berasaskan Geely Galaxy E5 yang juga merupakan EV.

Geely Galaxy E5 juga mempunyai saiz yang lebih besar dari Proton X70, dan jika dilihat dari pengenalan model-model Geely yang diperkenalkan Proton, seperti X70 dan S70, berkemungkinan model ini e.MAS yang pertama bakal mempunyai angka 7, justeru e.MAS7 dilihat mempunyai kebarangkalian yang tinggi menjadi nama akhir EV pertama dari Proton.

Apapun, kita semua perlu menunggu sehingga pengumuman rasmi dari Proton untuk model pertama e.MAS pada Disember 2024 kelak.

Sourceamanz.my