Saturday, July 6, 2024

Realme C65 Akan Ke Pasaran Malaysia Pada Minggu Ini

Masih ingat dengan peranti Realme 65 yang tampil dengan rekaan seumpama sebuah Samsung Galaxy S22 sebelum ini. Ia telah disahkan akan ke pasaran Malaysia pada minggu ini iaitu 4 Julai 2024 dengan keseluruhan spesifikasi turut telah disenaraikan di laman web rasmi.

Peranti ditawarkan dengan cip MediaTek Helio G85 yang bermakna tiada sokongan 5G diberikan. Pilihan memori terdiri dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB selain dimuatkan juga bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W. Kamera utama pula sebesar 50MP yang diikuti kamera swafoto sebesar 8MP di hadapan.

Peranti juga menawarkan fungsi tambahan lain yang termasuk Dymanic ButtonMini Capsule 2.0 dan Air Gestures untuk pengalaman lebih baik. Tidak ketinggalan pelancar baharu Realme UI 5.0 dan penarafan kalis air IP54 turut melengkapi peranti. Satu-satunya persoalan masih belum terjawab hanyalah harga jualan yang akan kami kongsi dalam artikel akan datang.