Tuesday, July 9, 2024

“Selama Karier Saya Lebih Sedekad, Saya Memang Main TV Sahaja,” – Adam Lee

Biar pun lebih sedekad terlibat dalam industri seni, pelakon, Adam Lee, 28, mengakui tidak pernah pun beraksi di pentas monodrama.

Penglibatan Adam dalam projek Monodrama Kara buat kali pertama ini juga boleh disifatkan sebagai percubaan yang sangat berani.

Hal ini demikian kerana monodrama adalah sebuah permainan pentas yang melibatkan seorang pelakon namun perlu membawa watak yang pelbagai.

Kongsi Adam kepada Refleks.my, cabaran terbesar baginya dalam projek Monodrama Kara adalah penglibatannya buat kali pertama berlakon di pentas.

“Selama karier saya lebih sedekad, saya memang main TV sahaja. Saya tak pernah main pentas. Nawaitu memang ada tetapi Alhamdulillah diberikan kepercayaan.

“Kalau ada kekurangan daripada saya, saya jujur, lillahitaala, saya minta maaf. Mungkin kekurangan itu kita akan perbaiki untuk persembahan kedua saya, InsyaAllah,” katanya. – Refleks.my