Saturday, July 6, 2024

Suria FM raih Anugerah Asia-Pacific Broadcasting+ 2024

SURIA FM sekali lagi berjaya meraih pengiktirafan antarabangsa menerusi Anugerah Asia-Pacific Broadcasting+ 2024 bagi kategori “Penstriman Radio Secara Langsung Di Malaysia” pada 30 Mei 2024 (Khamis) di Crowne Plaza Changi Airport, Singapura.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin) berkata, pihaknya meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak atas kemenangan berprestij ini.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin)

“Mewakili Suria FM, kami sangat bersyukur dan gembira di atas pengiktirafan antarabangsa daripada Anugerah Asia-Pacific Broadcasting+ 2024.

“Saya percaya bahawa kejayaan ini adalah hasil usaha dan komitmen padu daripada anak-anak buah saya di Suria FM yang sentiasa komited dalam menghasilkan produk dan kandungan yang berkualiti bagi semua pendengar setia kami.

“Terima kasih kepada pihak Asia-Pacific Broadcasting+ atas anugerah ini, juga kepada pendengar Suria yang sentiasa memberi inspirasi kepada kami untuk terus berinovasi dalam dunia penyiaran radio. Kejayaan ini tidak akan mungkin tercapai tanpa sokongan padu daripada anda semua,” katanya.

SURIA FM sekali lagi berjaya meraih pengiktirafan antarabangsa menerusi Anugerah Asia-Pacific Broadcasting+ 2024 bagi kategori “Penstriman Radio Secara Langsung Di Malaysia” pada 30 Mei 2024 (Khamis) di Crowne Plaza Changi Airport, Singapura.

Anugerah Asia-Pacific Brodcasting+ adalah sebuah acara menarik yang bertujuan mengiktiraf inovasi dan kecemerlangan dalam projek yang memajukan industri penyiaran menerusi kandungan, inovasi & digitalisasi.

Program ini terbuka kepada semua syarikat penyiaran dan rakan kongsi industri di sekitar rantau Asia Pasifik.

Kredit: Max-Infos.com

Baca ini > Suria FM belanja makan 100 orang pendengar